Friday, March 27, 2009

Friend oh Friend.....

Kawan makan kawan! ni pepatah lama lagi lapuk..., but orang2 yg jenis camni mmg xpernah lupus! org2 mcm ni mmg sentiasa ada dlm komuniti kita. Yang aku heran, kawan2 yg jenis *^%^*%&%% mcm ni mmg susah kita nak kenal. Kita hanya akan kenal derang after dia dah Ngap! kita cukup2! time tu la baru kita nk nyesal, menangis, meraung, melalak, terpekik, terlolong dan sebagainya.....! but dat fucking time dah xde guna dah, nk menggelupur atas jalan raya ke nk terjun lombong ke, sbb semua dah hancus!!!
But apa yg aku nk story dis time adelah!!! pasal seorang... erm! maybe perkataan "seorang" tu dah x ckup sesuai aku gunakan lg untuk hamba Allah yg sikapnya busuk cAMNI!
Aku teramat-amaaaaaaaaaaaat kecewa, hampa n frust menonggeng! sbb kawan yg aku percaya n aku tolong dia untuk bangun akhirnya telah makan aku hidup2 malah siap dia goreng deep fried lagi! hancur hati aku... duit yg aku simpan slama ni untuk aku buat kerja kawin aku, n untuk bayar yuran master akhirnya lenyap camtu je. bukan sikit 4riban korang!!!! not 4hengget! aku xtau nk ckp apa, just advice aku kt kengkawan aku yg mulia... if korang btol2 baik ht nk tolong kengkawan or sedare mare korang, plz...... lah, seboleh-bolehnya koran elakkan lah dari memberi sebarang bantuan yg berasaskan WANG,DUIT,PITIH,MONEY,RM,BATH,RUPIAH,PESOS, or RIAL or DOLLAR or apa2 pon! sbb, kebanyakannya masa perlukan kita bukan main lembut gigi dari lidah, jalan pijak kuman pon x mampos. Tp bila dah puas guna duit kita, dia nk ngap kita plak. perangai mengalahkan
%#$&%$&%$&%, sbb sanggup hentam orang yg bagi dia tongkat untuk berjalan.
Apa2 pon buat sesiapa yg terasa apabila bc coretan n luahan hati ku yg dah hangus rentung ni, aku harap dia akn sedar. aku x kesah apa nk jd pon lantak lah, yg aku tau aku nk duit aku tu blk ASAP! or else biar undang2 je yg menentukannya.....

Sunday, March 1, 2009

Jasa Bumi...,




Bumi,
Dulu kau indah sekali,
Kanak-kanak berlari di atas mu sambil bersuka ria,
Si ibu dan Bapa mencari rezeki di dadamu
Segala khazanah di perutmu di manfaatkan

Bumi,
Apalah nasibmu…?
Kini, kanak-kanak masih berlari-lari diatas mu tapi, bukan lagi dengan hilai tawa, tetapi dengan jerit tangis meminta pertolongan,
Si ibu dan bapa bukan lagi mencari rezeki di perutmu tetapi mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri dari pemangsa yang sering mengganas
Khazanah mu tidak lagi dimanfaatkan, malah di musnahkan oleh tangn manusia yang zalim.

Bumi,
Kamu tidak lagi ditimpa hujan Rahmat, tetapi
Setiap hari kamu dihujani besi-besi berapi yang bisa memusnahkan perutmu dan segala makhluk yang menumpang di atasmu,
Sungai yang mengalir jernih dulu kini sudah bertukar menjadi merah yang pekat dan busuk kerna mengalirkan darah manusia yang tidak berdosa.

Bumi,
Kamu kini sudah tua,
Sudah tidak kukuh untuk didiami lagi…
Maafkan aku jika tidak sempat untukku membalas jasamu…


Maafkan aku duhai Bumi yang berjasa…

Thought Of The Day 3


Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguhkan taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua ibu bapa dan menyebarkan rahsia...